Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol bersama para pelakon teater muzikal Rentap: The Battle of Bukit Sadok di Kampung Budaya Sarawak pada Sabtu lepas. Foto UKAS

“Penuh magis dan mengagumkan” – Abdullah puji teater Rentap

BySaibi Gi

KUCHING, 26 Mei: Pementasan teater muzikal Rentap: The Battle of Bukit Sadok bukan sahaja berjaya memukau penonton, malah turut menerima pujian Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol yang menyifatkan persembahan itu sebagai hebat dan penuh magis.

Beliau menyarankan agar teater seumpama itu dipentaskan secara lebih kerap, sekurang-kurangnya sebulan sekali, dalam usaha memperluas apresiasi masyarakat terhadap warisan sejarah dan budaya negeri ini.

“Pementasan seperti ini bukan sekadar hiburan, tetapi merupakan satu medium penting untuk mengangkat kisah kepahlawanan agar generasi muda mengetahui dan menghargainya.

“Seluruh tenaga produksi berjaya menampilkan sebuah persembahan yang memukau penonton, memperlihatkan kesungguhan dan kreativiti dalam menyampaikan kisah pahlawan legenda kita,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan pementasan berkenaan di Kampung Budaya Sarawak, malam Sabtu lalu.

Teater muzikal epik Rentap: The Battle of Bukit Sadok merupakan acara kemuncak Festival Menuai dan Cerita Rakyat Sarawak 2025 yang saban tahun dianjurkan sejak 1996.

Mengangkat perjuangan pahlawan legenda kaum Iban, Rentap, pementasan itu sarat dengan mesej patriotisme dan penghargaan terhadap pengorbanan pejuang terdahulu dalam mempertahankan tanah air daripada penjajahan.

Kawasan persembahan mula dibanjiri pengunjung seawal jam 6 petang, menandakan keterujaan rakyat menyaksikan kisah keberanian Rentap dipersembahkan dalam bentuk dramatik yang menggabungkan seni pentas, muzik tradisional dan elemen multimedia.

Watak Rentap dibawakan oleh Anding Indrawani manakala Melissa Francis memegang watak Sawai, menjadikan persembahan ini antara tarikan utama dalam festival berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan