Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong pada Pelancaran Kre8tif East 2025: Memberdayakan Pencipta Masa Depan, Hari Ini, di Kuching, pada Rabu. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak hab utama revolusi digital kreatif di Asia Tenggara

ByConnie Grace

KUCHING, 14 Mei: Sarawak kini berada di landasan yang tepat untuk menjadi hab utama inovasi kreatif dan digital di Asia Tenggara, kata Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Menurutnya, melalui pelaksanaan inisiatif strategik oleh kerajaan negeri serta kerjasama dengan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), dan pelbagai pihak industri, Sarawak bukan sahaja membentuk masa depan ekonomi kreatif negara, malah sedang meletakkan dirinya sebagai peneraju global dalam ekonomi digital dan kreatif.

Tambahnya, sebagai penyumbang besar kepada KDNK Malaysia, Sarawak berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui industri kreatif.

“Melalui sokongan untuk pembangunan kandungan digital, latihan profesional, dan program bimbingan, Sarawak memastikan bakat tempatan dilengkapi dengan keupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Kreativiti dan inovasi kini menjadi enjin pertumbuhan utama dalam ekonomi digital negeri, dan ini akan terus berkembang dengan Kre8tif! East 2025 yang berfungsi sebagai platform pertumbuhan yang luar biasa,” katanya semasa berucap pada Pelancaran Kre8tif East 2025: Memberdayakan Pencipta Masa Depan, Hari Ini, di Kuching, pada Rabu.

Selain itu beliau menambah, dengan adanya program seperti Dana Kandungan Kreatif (DKK), yang membantu menggalakkan pengeluaran kandungan berkualiti tinggi, dan penyertaan aktif dalam pameran antarabangsa seperti Augmented World Expo, Sarawak sedang membina reputasi sebagai pusat penciptaan kandungan digital global.

Justeru katanya, Sarawak juga membuktikan bahawa ia bukan sahaja mampu menghasilkan bakat, tetapi juga mencipta syarikat-syarikat bertaraf dunia seperti Betapuru Digital, CTRL D, dan Metadise, yang masing-masing membawa inovasi dalam teknologi VR, permainan indie, dan metaverse.

“Melalui kolaborasi strategik, kerajaan, industri, dan universiti Sarawak turut memainkan peranan penting dalam menyediakan platform pembelajaran dan kerjasama antarabangsa.

Jelajah Malaysia Digital yang diadakan di Sarawak adalah contoh bagaimana pembangunan kemahiran digital dapat meningkatkan penyertaan ekonomi di kalangan komuniti B40 dan belia,” tambah lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan