Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berucap di Forum Inovasi Sektor Awam Sarawak di Kuching hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

Sarawak perkukuh kesedaran digital, tangani jenayah siber – Julaihi

ByBong Yi Sien

KUCHING, 5 Mei: Kerajaan Sarawak komited memperkukuhkan dasar, alat keselamatan dan budaya kesedaran digital demi memastikan pertahanan siber yang kukuh di era transformasi digital.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, jenayah siber kini menjadi satu ancaman global yang semakin membimbangkan.

Menurutnya, jenayah siber di peringkat global membawa kerugian kewangan seluruh dunia mencecah US$ 8.5 trilion pada tahun 2023 dan dijangka meningkat kepada US$12.43 trilion menjelang 2027.

“Malaysia turut tidak terkecuali daripada impak ini, apabila dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM1.6 bilion pada tahun 2024 akibat jenayah siber.

“Kita bimbang ia mungkin terus meningkat pada masa akan datang,” katanya ketika menghadiri Forum Inovasi Sektor Awam Sarawak di sini, hari ini.

Jelasnya, Kerajaan Sarawak telah mengambil langkah ke hadapan dengan menubuhkan Unit Keselamatan Siber bagi meningkatkan keupayaan pertahanan siber.

“Usaha yang dilakukan termasuk Penilaian Kesedaran Keselamatan yang mencatat 92 peratus kadar lulus daripada hampir 28,000 peserta dan penganjuran Hari Keselamatan Siber untuk perkongsian amalan terbaik,:” ujarnya.

Justeru, Julaihi menyeru pihak berkenaan serta organisasi melabur dalam strategi keselamatan siber yang mantap, memperluaskan kesedaran awam dan memperkukuh kerjasama untuk menghadapi ancaman itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan