Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Bernama

Remaja lelaki dilaporkan hilang ditemukan selamat di Chukai

ByBernama

KUANTAN, 5 Mei: Seorang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pekan yang dilaporkan hilang semalam di sini, ditemukan selamat di rumah saudaranya di Chukai, Terengganu pagi tadi.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata Anas Baihaqi Miqdad Johari, 13, dikesan berada di rumah terbabit kira-kira pukul 7 pagi berdasarkan hasil siasatan awal dan maklumat daripada keluarga.

“Polis telah menjalankan siasatan dan menemu ramah ahli keluarga remaja lelaki itu yang tinggal di Kuantan dan kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui bagaimana pelajar terbabit boleh sampai ke lokasi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Azry Akmar Ayob.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu dilaporkan berkata remaja itu dikatakan hilang selepas keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga dipercayai kerana enggan kembali ke asrama.

Sementara itu, Yahaya dalam ucapannya berkata polis telah merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM84 juta dengan 4,839 tangkapan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Beliau berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding tahun lepas dalam tempoh yang sama, iaitu hanya RM8.2 juta nilai rampasan direkodkan manakala jumlah tangkapan sebanyak 4,810.

“Sebanyak 190 kes telah dituduh di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 dari Januari hingga April tahun ini berbanding 220 kes bagi tempoh sama. Polis juga berjaya menumpaskan empat sindiket pengedaran dadah dengan melibatkan enam tangkapan menerusi Op Indera,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah membuka sebanyak 817 kertas siasatan membabitkan kerugian sebanyak RM26 juta dengan daerah Kuantan mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 333 kertas siasatan.

Sementara itu, Yahaya berkata pada tempoh Januari hingga April 2025, sebanyak 8,183 kes kemalangan dilaporkan manakala 146 kes merupakan kemalangan maut.

“Dalam tempoh sama sebanyak 99,840 saman telah dikeluarkan berbanding 63,194 saman pada 2024. Jumlah kutipan kompaun pula sebanyak RM1.35 juta bagi 2025 berbanding RM1.39 juta pada tahun sebelumnya,” katanya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan