Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas pelumba Formula Satu (F1) Jerman, Jochen Mass meninggal dunia pada usia 78 tahun, menurut kenyataan keluarganya kepada agensi berita Jerman dpa. Foto Media sosial

Bekas pelumba F1 Jerman Jochen Mass meninggal dunia pada usia 78 tahun

ByBernama

MUNICH, 5 Mei: Bekas pelumba Formula Satu (F1) Jerman, Jochen Mass meninggal dunia pada usia 78 tahun, menurut kenyataan keluarganya kepada agensi berita Jerman dpa.

Mass meninggal dunia pada Ahad di Cannes akibat strok yang dialaminya pada Februari lalu.

Dilahirkan di Bavaria, Mass menyertai 105 perlumbaan F1 antara 1973 hingga 1982.

Sepanjang kariernya bersama pasukan McLaren, beliau berjaya menaiki podium sebanyak lapan kali dan memenangi satu perlumbaan di Grand Prix Sepanyol 1975. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan