Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Norhyati Mohd Ismail (empat dari kiri) menyempurnakan sesi pemotongan kek pulut kuning sempena Hari PPWS di Kuching pada Ahad. Foto PPWS

Iktiraf peranan wanita dalam komuniti

ByWilly Jali

KUCHING, 5 Mei: Pemerkasaan wanita dan kesaksamaan gender kekal sebagai salah satu keutamaan kerajaan dalam memastikan peluang yang seimbang dalam masyarakat dan menjamin kemajuan negara secara holistik.

Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS), Dato Norhyati Mohd Ismail berkata, wanita memainkan peranan besar dalam mencorakkan pembangunan negara merentasi pelbagai sektor termasuk ekonomi, pendidikan, teknologi dan kepimpinan.

“Wanita bukan sahaja tulang belakang keluarga, tetapi juga pemacu kemajuan dalam pelbagai bidang iaitu ekonomi, pendidikan, teknologi dan kepimpinan. Kejayaan yang telah dicapai oleh wanita membuktikan bahawa kita mampu berdiri sentading dengan sesiapa sahaja.

“Oleh itu, pentingnya penerapan ilmu dan kemahiran yang merupakan kunci kepada masa depan yang lebih cerah. Wanita perlu diberikan peluang untuk terus belajar, berkembang dan membina kekuatan diri agar dapat menghadapi cabaran dunia moden,” katanya pada satu kenyataan media Majlis Mesra Sempena Sambutan Hari PPWS di Kuching pada hari ini.

Dengan tema ‘PPWS: Wadah Wanita, Tonggak Kelestarian’, sambutan kali ini memberi penekanan kepada prinsip kelestarian yang merangkumi aspek ekonomi, alam sekitar, sosial, ilmu dan kepimpinan.

Justeru, beliau turut menekankan pentingnya memberi perhatian kepada kesihatan dan kesejahteraan wanita, termasuk keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan serta sokongan emosi dalam komuniti wanita.

“Kesihatan dan kesejahteraan wanita juga perlu dititikberatkan. Tidak dapat dinafikan, kesihatan fizikal dan mental adalah asas kepada kesejahteraan hidup.

“Oleh itu, kita perlu memberi perhatian kepada aspek kesihatan, keseimbangan kerja dan kehidupan, serta sokongan emosi antara sesama wanita agar kita terus kuat dan berdaya tahan,” jelasnya.

Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) yang ditubuhkan pada 1962 merupakan sebuah pertubuhan yang bertujuan memperkasa wanita khususnya di luar bandar dengan mewujudkan program terancang dan membuka peluang kepada ahli-ahli PPWS daripada seluruh Sarawak untuk berkongsi maklumat dalam pelbagai aspek.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found