Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Toulouse, Perancis bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama dua hari di negara tersebut. Foto TVS

Abang Johari ketuai lawatan kerja berkaitan industri penerbangan di Perancis

ByShafik Ahmad

TOULOUSE, 4 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, tiba di Toulouse, Perancis hari ini bagi mengetuai delegasi kerajaan Sarawak dalam rangka lawatan kerja ke negara itu yang bertujuan memperkukuh sektor penerbangan negeri.

Beliau dijadual mengadakan lawatan teknikal ke ibu pejabat syarikat penerbangan terkemuka, Airbus, pada sebelah pagi.

Lawatan tersebut dijangka memberi peluang kepada Sarawak untuk meneroka potensi kerjasama strategik dalam pembangunan teknologi dan operasi industri penerbangan.

Pada sebelah petang, beliau akan melanjutkan lawatannya ke ibu pejabat ATR, sebuah syarikat pesawat turboprop yang turut berpangkalan di Toulouse.

Lawatan ini dilihat signifikan dalam konteks hala tuju baharu sektor penerbangan negeri berikutan pengambilalihan syarikat Maswings, yang kini dikenali sebagai AirBorneo.

Abang Johari sebelum ini mengumumkan bahawa AirBorneo dijangka memulakan operasi penuh menjelang tahun hadapan, dengan tumpuan diberikan kepada laluan domestik serta antarabangsa di rantau Asia Tenggara termasuk destinasi utama seperti Jakarta, Singapura, Hong Kong dan Jepun.

Lawatan ini menandakan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam membangunkan ekosistem penerbangan tempatan serta memperkukuh kedudukannya sebagai hab udara serantau yang berdaya saing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan