KUCHING : Satu kerangka kerja bagi membangunkan industri muzik dan melindungi kebajikan para penggiatan kesenian akan dibangunkan oleh SACOFA Sdn Bhd.
Pengurus Urusannya Zaid Zaini berkata program ‘Music Must Go On’ akan memberi manfaat kepada penggiat seni yang terjejas pendapatan.
“Idea asal daripada pihak kami adalah kami akan membuka penyertaan kepada penggiat industri muzik, dan kita akan menetapkan syarat penyertaan.
“Video yang mereka hasilkan akan dimuat naik ke media sosial, dan kita akan memberi sumbangan kepada mereka untuk meringankan beban mereka sepanjang pandemik ini,” kata Zaid.
SACOFA, menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang dipanggil SACOFA4U, telah menyumbang dana sebanyak RM5,000 pada hari ini kepada Jawatankuasa Masjid Darul Al-Amin, Kampung Semop yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol.