Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sulaiman bercakap kepada TVS pada Majlis Aidilfitri Cahya Mata Sarawak di ibu negara hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

CMS Land dianugerah kontrak RM550 juta reka, bina BCCK2

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 21 April: Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) menerusi anak syarikatnya, CMS Land Sdn Bhd menerima kontrak berjumlah RM550 juta daripada Kerajaan Sarawak untuk rekaan dan pembinaan Pusat Konvensyen Borneo Kuching 2 (BCCK 2).

Pengarah Urusan Kumpulannya, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib berkata projek itu yang akan bermula pada bulan ini dan dijangka siap pada suku pertama 2028.

“Ini adalah kepercayaan yang telah diberikan oleh Kerajaan Sarawak kepada anak syarikat kami,” katanya ketika ditemui TVS pada Majlis Aidilfitri Cahya Mata Sarawak yang di ibu negara, hari ini.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata BCCK 2 yang akan dibangunkan bersebelahan dengan BCCK mampu memuatkan sehingga 15,000 orang.

Sementara itu, ditanya mengenai perancangan terdekat CMS, Sulaiman memaklumkan syarikat sedang menjalankan persiapan bagi memulakan pembangunan kemudahan baharu Clinker Line 2 di Mambong di Kuching.

“Kami masih bersiap sedia (untuk membangunkan) Clinker Line 2,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan