Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerikan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Datuk Dr Annuar Rapaee di Sibu hari ini. Foto Steward Dawi (TVS)

Tapak lokasi jambatan baharu di Sibu dikenal pasti

BySteward Dawi

SIBU, 4 April: Beberapa tapak dikenal pasti untuk pembinaan jambatan baharu di Sibu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) memilih tapak untuk projek jambatan yang kini berada di peringkat akhir sebelum dimuktamadkan.

“Kalau kita lihat sebelum ini beberapa tapak yang dicadangkan tidak sesuai kerana jambatan ini kalau dibina memerlukan landing yang panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media bersempena dengan Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Sibu pada Jumaat.

Menurutnya, ia antara aspek yang akan diberi keutamaan sebelum projek pembinaan jambatan baharu tersebut dilaksanakan.

Terdahulu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan sebuah jawatankuasa bertindak ditubuhkan untuk meneliti pembinaan sebuah jambatan baharu yang menghubungkan Sibu West Bank dengan Pusat Bandar raya Sibu.

Abang Johari mahu satu pelan terperinci dirangka termasuk meneroka aktiviti ekonomi yang boleh dibangunkan di kawasan itu seperti tanaman getah atau padi. – TVS

Tags: jambatan, jkr, sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan