Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin menyerahkan surat tawaran bagi projek menaik taraf fasiliti di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Sungai Tujoh, Miri, hari ini. Foto TVS

ICQS Sungai Tujoh dinaik taraf, selesaikan isu kesesakan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 28 Mac: Projek menaik taraf kawasan pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh yang bermula 10 Mac, dijangka siap dalam tempoh sembilan bulan.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata masalah kesesakan di ICQS Sungai Tujoh telah berlanjutan selama bertahun-tahun dan beberapa langkah penambahbaikan telah dilakukan sebelum ini menggunakan peruntukan negeri sebanyak RM2 juta.

“Namun, isu tersebut masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Oleh itu, kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mempercepatkan penyelesaian masalah ini tanpa menunggu peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Menaiktaraf Fasiliti Di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menerima cadangan daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak pada 7 Mac lalu dan meluluskan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi projek menaik taraf ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) kemudiannya telah merangka reka bentuk projek dengan mengambil kira keperluan semua pihak berkepentingan termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam.

“Projek ini telah dianugerahkan melalui proses tender terbuka dan kini menjadi tanggungjawab ZM Capital Sdn Bhd untuk memastikan kerja-kerja pembinaan dimulakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat tawaran diberikan, iaitu selewat-lewatnya pada 5 April.

“Pihak JKR akan memantau pelaksanaan projek ini bagi memastikan ia berjalan lancar dan mengikut jadual,” katanya lagi.

Pihak berkuasa menekankan bahawa projek ini bersifat mendesak kerana kesesakan yang semakin serius terutama pada musim perayaan di mana laporan menunjukkan barisan kenderaan boleh mencecah sehingga 4 hingga 5 kilometer panjang.

Jumlah kos projek yang dianugerahkan kepada ZM Capital Sdn Bhd adalah sebanyak RM3.576 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan