Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kelopak sakura mula berkembang di Kochi, sebuah bandar di Pulau Shikoku, Jepun, menandakan ketibaan musim bunga bagi 2025, lapor Agensi Berita Kyodo. Foto hiasan Envato

Sakura mula mekar di Kochi, Jepun, menandakan permulaan musim bunga 2025

ByBernama

KOCHI (Jepun), 24 Mac: Kelopak sakura mula berkembang di Kochi, sebuah bandar di Pulau Shikoku, Jepun, menandakan ketibaan musim bunga bagi 2025, lapor Agensi Berita Kyodo.

Untuk tahun kedua berturut-turut, Kochi mencatatkan kemunculan awal bunga Somei Yoshino – jenis sakura paling popular di Jepun, menurut agensi cuaca negara itu.

Pada sekitar 2.30 petang waktu tempatan, pokok spesimen di Sannomaru, disahkan mengeluarkan lebih lima kuntum bunga – bilangan minimum yang diperlukan bagi pengisytiharan rasmi permulaan musim bunga, menurut agensi itu.

Sakura dijangka mekar sepenuhnya dalam tempoh kira-kira seminggu.

Kawasan barat dan timur Jepun, termasuk Tokyo pada Ahad mencatatkan suhu sekitar 25 darjah Celsius atau lebih – satu petanda yang diklasifikasikan sebagai “hari musim panas” oleh agensi cuaca. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan