Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Daeloniel Mcdelon Bong with the Chairman of WBC MuayThai & WBC MuayThai Indonesia Dr. Urgyen Rinchen Sim.

Kilat Boy terima jemputan khas bertarung di IBA Intercontinental Boxing

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 19 Mac: Bintang tinju profesional negara, Daeloniel Mcdelon Bong atau lebih dikenali sebagai Kilat Boy melakar satu lagi kejayaan apabila menerima jemputan khas untuk bertanding di IBA Intercontinental Boxing.

Kilat Boy yang kini menduduki ranking nombor satu dalam tinju profesional Malaysia dan berada di kedudukan ke-210 dunia, mengakui tidak menyangka pemilihannya meskipun sudah memasang impian untuk bertarung di kejohanan berprestij itu.

“Alhamdulillah, perasaan saya sangat gembira dengan kejayaan ini. Dalam masa yang sama, menerima jemputan khas ke IBA International Continental Boxing adalah salah satu pencapaian tertinggi saya tahun ini,” kata Kilat Boy ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurut Kilat Boy, jemputan khas itu dibuat berdasarkan ranking, penarafan bintang, serta gaya permainan yang dipamerkan dalam gelanggang.

Tambahnya lagi, dua perlawanan terakhir pada Januari dan Februari menjadi faktor utama kejayaannya menarik perhatian penganjur.

Dalam perlawanan terbarunya pada Februari lalu, Kilat Boy berjaya menewaskan petinju Filipina, Prince Andrew Laurio dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor 2025 yang secara tidak langsung membuka peluang untuknya menerima jemputan khas ke kejohanan akan datang.

“Selepas kemenangan tersebut, saya terus menerima mesej yang mengesahkan saya layak untuk menerima jemputan khas itu, Ia satu kejutan buat saya,” ujarnya.

Mengulas mengenai persiapan, Kilat Boy merancang untuk kembali ke kem latihan minggu hadapan selepas selesai penggambaran filem “Tumbukan Emas”.

“Saya akan tingkatkan lagi kegigihan dalam latihan, lebihkan sesi sparring, perbaiki strategi permainan serta ketajaman pukulan saya….Insya-Allah, saya akan meningkatkan segala aspek untuk memberikan aksi terbaik di kejohanan besar ini,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan