Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Amiruddin Shah (TVS)

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia – Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang demi kesenangan serta kebajikan rakyat jelata.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia termasuk mempercepat projek terkait rakyat yang memerlukan keseragaman dari segi kerjasama lebih hebat antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

“Antaranya projek tebatan banjir, sekolah, kesihatan, masjid dan perumahan rakyat yang turut memerlukan kerjasama dengan pihak swasta dan pihak berkuasa tempatan dalam menjayakannya,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menitipkan pesanan berkenaan sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Selangor hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan