Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Penganjur TOYM, Candy Yong Chuen Tien ketika ditemui TVS pada sidang media pelancaran Junior Chamber International (JCI) Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) 2025 di Mercure Hotel, Miri, hari ini. Foto TVS

JCI Malaysia berusaha menarik lebih ramai pencalonan untuk Anugerah Belia Cemerlang

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 3 Mac: Junior Chamber International (JCI) Malaysia terus komited dalam menarik lebih ramai pencalonan untuk Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) tahun ini.

Pengerusi Penganjur TOYM, Candy Yong Chuen Tien berkata, kepentingan penglibatan masyarakat pelbagai kaum digalakkan bagi memastikan anugerah ini benar-benar mencerminkan keunggulan belia di Malaysia.

“JCI ini melibatkan seluruh Malaysia. Diasaskan di Amerika Syarikat (AS), JCI kini mempunyai organisasi di 122 negara. JCI Malaysia pula telah diasaskan pada tahun 1962,” katanya ketika ditemui TVS pada sidang media pelancaran Junior Chamber International (JCI) Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) 2025 di Mercure Hotel di sini, hari ini.

Proses pencalonan bagi TOYM telah dibuka semalam dan setakat ini pihak penganjur telah menerima satu pencalonan.

“Oleh kerana pencalonan baru sahaja dibuka, kami masih dalam proses mengesahkan pembayaran sebelum borang pencalonan dapat dihantar kepada mereka,” katanya lagi.

Dengan penganjuran TOYM buat kali ketiga di Sarawak, JCI berharap dapat menarik lebih ramai pencalonan dan meningkatkan kesedaran mengenai anugerah ini.

“Kami percaya ramai rakyat Sarawak yang berbakat tetapi belum mendapat pengiktirafan yang sewajarnya,” ujarnya.

Sasaran utama JCI adalah untuk mencapai sekurang-kurangnya 100 pencalonan pada tahun ini.

“Antara strategi yang dirangka untuk mencapai sasaran ini ialah penggunaan platform media sosial seperti TikTok dan Facebook, selain bekerjasama dengan influencers tempatan bagi meningkatkan penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat,” tambahnya.

Melalui TOYM, JCI berharap dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk menyertai organisasi ini dan memperoleh pengalaman dalam menganjurkan acara bertaraf kebangsaan serta antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan