Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Parlimen Arab mengecam keputusan kerajaan Israel untuk menghentikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, menyifatkannya sebagai jenayah perang terhadap kemanusiaan. Foto fail AFP

Parlimen Arab kecam sekatan bantuan Israel ke Gaza

ByBernama

KAHERAH, 3 Mac: Parlimen Arab mengecam keputusan kerajaan Israel untuk menghentikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, menyifatkannya sebagai jenayah perang terhadap kemanusiaan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Parlimen Arab dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad menegaskan bahawa tindakan Israel itu melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta perjanjian antarabangsa yang menjamin bantuan dapat disalurkan kepada orang awam semasa konflik.

Parlimen turut menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), untuk mengambil tindakan segera bagi memaksa Israel membenarkan bantuan memasuki Gaza tanpa sebarang syarat.

Ia turut memberi amaran bahawa Israel membahayakan nyawa orang awam dengan menggunakan kebuluran sebagai senjata, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan