Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amiruddin hadir merasmikan Majlis Himpunan Wanita Selangor 2025 di Shah Alam di sini hari ini. Foto, Amiruddin Shah (TVS).

Kerajaan Selangor sasar simpan dana RM300 juta dalam Tabung Warisan Anak Selangor

ByAmirah Shawel

SHAH ALAM, 20 Jan: Kerajaan Selangor menyasarkan untuk menyimpan dana sehingga RM300 juta dalam tempoh 10 tahun dalam Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari berkata suntikan dana ke dalam tabung tersebut akan bermula pada 2026 sebagai kumpulan pertama simpanan.

“Itu sebahagian komitmen yang akan kita lunaskan mulai 2026 dan mungkin sedang lihat keperluan tambahan bergantung kepada keperluan semasa yang boleh dimuktamadkan bulan Mei atau Jun,” katanya.

Amirudin berkata kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Wanita Berdaya Selangor di Pusat Konvensyen Ideal di sini, hari ini.

Sementara itu Amiruddin berkata, Selangor berjaya merekodkan hasil pendapatan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM2.858 bilion.

Mengenai harga pembelian padi oleh pihak kilang yang merosot, Amirudin menjelaskan Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim akan menyelesaikan perkara tersebut.

Kata beliau, kemungkinan punca harga pembelian merosot adalah disebabkan oleh kualiti padi.

Jelasnya lagi, isu itu juga bergantung kepada pembelian dan penawaran di antara pesawah dan pembeli. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan