Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pejabat SPay Global hari ini menjadi tumpuan orang ramai bagi urusan berkaitan akaun susulan penyaluran bantuan SKAS. Foto Jazni Hanif (TVS)

Pejabat SPay Global jadi tumpuan orang ramai kemas kini maklumat untuk bantuan SKAS

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 2 Jan: Pejabat S Pay Global di sini hari ini menjadi tumpuan untuk mengemas kini maklumat atau menyelesaikan isu berkaitan akaun SPay Global (Sarawak Pay) mereka sebagai persediaan menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Menerusi tinjauan TVS di pejabat S Pay Global di CityOne Megamall, kebanyakan penerima bantuan SKAS datang untuk mengaktifkan semula akaun SPay Global yang telah digantung.

Semakan kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak bermula hari ini

“Sekarang ini, saya nak perbaharui akaun isteri saya yang telah digantung,” kata Reuben Kiau, salah seorang penerima SKAS yang menunggu giliran di pejabat SPay Global.

Bagi Timothy Vern, seorang pengawal keselamatan di Kampung Budaya Sarawak, dia mengalami kesukaran untuk log masuk ke akaunnya.

“Saya ke sini untuk kemas kini (akaun) Sarawak Pay saya, kerana saya tidak dapat log masuk dan saya ingin menukar nombor telefon,” katanya kepada TVS.

Pejabat SPay Global menjadi tumpuan ramai susulan pengumuman penyemakan kelayakan SKAS. Foto Jazni Hanif (TVS)

Yan, seorang suri rumah, memerlukan bantuan untuk membuat akaun S Pay Global buat pertama kali.

“Saya sudah cuba banyak kali untuk buat (akaun) tetapi tidak dapat, jadi saya datang ke sini untuk buat akaun,” ujar Yan.

Walaupun suasana di pejabat SPay Global kelihatan sesak, namun bagi pegawai sekuriti Jono Paiman, adalah berbaloi untuk menunggu masa giliran yang agak lama untuk memastikan keluarganya menerima bantuan SKAS itu.

“Biar kita tunggu lama pun, tidak apa, bukan selalu dapat bantuan sebegini. Baguslah, ada perancangan untuk membantu orang susah, kos hidup sekarang pun agak tinggi.

“Jadi terima kasih kepada Premier Abang Jo (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) kerana membantu orang seperti kami,” kata Jono.

Nada yang sama itu turut disuarakan oleh suri rumah Rosanah Bawi yakni bantuan RM800 bagi kategori isi rumah yang bakal diterimanya akan sedikit sebanyak membantu perbelanjaan keluarganya.

“Untuk perbelanjaan budak sekolah dan barang dapur… jadi terima kasih Premier Abang Jo kerana menolong ibu-ibu dan suri rumah di Sarawak ini,” ujarnya.

Nilai bantuan SKAS yang akan diterima adalah sebanyak RM800 bagi kategori isi rumah, RM400 bagi warga emas manakala RM250 bagi kategori bujang.

SKAS yang diumumkan Abang Johari semasa pembentangan Belanjawan Sarawak November lepas akan disalurkan kepada penerima menerusi aplikasi SPay Global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan