Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Semakan kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak bermula hari ini

BySaibi Gi

KUCHING, 1 Jan: Kelayakan menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara dalam talian bermula hari ini.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memaklumkan semakan sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh dibuat di http://sarawak.gov.my/skas

“Pastikan anda mempunyai Sarawak ID dan memasukkan nombor kad pengenalan untuk semakan,” kata hantaran menerusi Facebook rasmi UKAS.

SKAS yang diumumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa pembentangan Belanjawan Sarawak November lepas akan disalurkan kepada penerima menerusi aplikasi SPay Global (Sarawak Pay).

SKAS merupakan bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah melalui baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi SPay Global untuk pembelian barangan makanan asas.

Menerusi laman web www.sarawak.gov.my di ruangan soalan kerap ditanya (FAQ) memaklumkan bahawa kriteria kelayakan penerima iaitu hanya anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan “K” yang beralamat dan menetap di Sarawak serta tiga kategori penerima yang layak iaitu isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan dan tiada anak.

Nilai bantuan SKAS yang akan diterima adalah sebanyak RM800 bagi kategori isi rumah, RM400 bagi warga emas manakala RM250 bagi kategori bujang.

Bagi kategori isi rumah, pemohon haruslah berkahwin atau ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa) serta pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah dengan tiada had umur.

Bagi kategori bujang pula, pemohon haruslah berstatus bujang atau, ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tiada tanggungan serta pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah dengan had umur antara 21 hingga 59 tahun.

Namun, penerima bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas juga turut layak menerima bantuan itu namun pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa tidak layak menerima bantuan tersebut.

Manakala bagi kategori warga emas, pemohon haruslah berstatus bujang atau ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tiada anak dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah dengan had umur 60 tahun dan ke atas.

Bagi bukan penerima bantuan SKAS secara automatik pula, mereka layak untuk membuat rayuan yang akan dibuka mulai 1 Februari 2025 dan keputusan rayuan itu boleh disemak bermula pada 1 Jun 2025.

Tarikh pemberian bantuan SKAS bagi permohonan rayuan akan diumumkan kelak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan