Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pelajar lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 10 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol dekat sini awal pagi tadi. Foto PDRM

Dua pelajar maut, motosikal ditunggang bertembung

ByBernama

SEREMBAN, 1 Jan: Dua pelajar lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 10 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR dan Yamaha Lagenda dan kejadian dipercayai berlaku semasa salah seorang mangsa dari arah Bahau menuju ke Kemayan.

“Setiba di lokasi kejadian, semasa bergerak mendaki bukit, remaja itu dipercayai telah dilanggar oleh seorang lagi penunggang yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan