Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 1,000 penganut Kristian membanjiri Gereja Katolik St. John the Evangelist di ibu negara hari ini pada hari pertama Krismas. Foto, TVS.

Lebih 1,000 hadiri misa pertama Krismas di Gereja Katholik St. John Kuala Lumpur

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Lebih 1,000 penganut Kristian membanjiri Gereja Katolik St. John the Evangelist, Jalan Bukit Nanas di sini bagi menghadiri sembahyang misa pertama Hari Krismas.

Upacara bermula pada 8.30 pagi hingga 10 pagi dengan dipimpin oleh Father Gerard Theraviam.

Father Gerard berkata dijangka lebih ramai yang akan hadir ke untuk misa kedua dan ketiga Krismas, hari ini.

“Misa malam Krismas semalam dipenuhi dengan orang di luar gereja, mungkin dalam 3,000 orang. Pagi ini lebih 1,000 dan yang seterusnya (dijangka) akan lebih sesak,” katanya ketika ditemui TVS, hari ini.

Sementara itu, dalam ucapannya ketika misa, Father Gerard menyeru semua penganut Kristian untuk kekal tabah dan tidak mudah berputus asa menghadapi cabaran dunia.

Jelas beliau, seruan itu juga selaras dengan tema Jubli 2025 yang diumumkan Pope Francis iaitu ‘Year of Hope’ dalam mendepani sebarang kesulitan.

“Gereja kami juga akan menyambut tema ini pada 29 Disember ini namun tahun harapan telah pun bermula dan saya berdoa agar kita terus melihat masa depan dengan penuh harapan, tidak berputus asa dan tahu Tuhan ada bersama kita,” katanya.

Sementara itu, Jerome Rodrigo, 34 yang ditemui TVS berkata, dia akan menyambut Krismas pada tahun ini bersama ibu dan abangnya.

“Pada tahun ini, kami mengambil keputusan untuk memberi kesempatan kepada ibu untuk berehat dan mengadakan makan tengahari di restoran bersama-sama,” katanya.

Jelasnya, perayaan Krismas merupakan masa istimewa untuk diluangkan bersama-sama dengan keluarga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan