Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jualan besar WOW di PC Image kini kembali dengan promosi eksklusif dan barang menarik yang pasti menambat hati pengunjung.

Jualan Besar Wow PC Image tawar promosi ekslusif, barang menarik

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Dis: PC Image kembali memperkenalkan Jualan Besar Wow dengan promosi eksklusif dan barang menarik yang sudah pasti menarik minat serta menambat hati pelanggan.

Jurujual Kanan PC Image Cawangan Wisma Saberkas, Shaun Chang berkata pelanggan berpeluang menikmati potongan harga sehingga 80 peratus dan tawaran serendah RM2 hanya DI PC Image Cawangan Wisma Saberkas. Foto: Jazni Hanif

“Perbezaan yang kami tawarkan ialah diskaun sehingga 80 peratus, yang bermakna aksesori dan pelbagai barangan lain boleh didapati dengan potongan harga sehingga 80 peratus, sangat murah berbanding tahun lepas. Kami juga menawarkan televisyen pintar dengan diskaun sehingga RM8,811.

“Selain itu, kami mempunyai tawaran RM2 yang terhad melibatkan beberapa item hanya berharga RM2 sahaja. Kami juga memberikan hadiah percuma dengan pembelian serta baucar perkhidmatan percuma yang membolehkan anda servis komputer peribadi (PC) atau komputer riba di pusat teknikal kami dengan nilai RM200 untuk servis atau format semula,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Katanya, melalui jualan besar yang berlangsung ini, pengunjung berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik seperti PS5, komputer riba dan banyak lagi.

Tambahnya, selain daripada cabutan bertuah utama, terdapat baucar yang ditawarkan termasuk baucar Touch n Go dan e-wallet yang boleh ditebus selain memberikan lebih banyak pilihan dan manfaat kepada pelanggan selain pusing dan menang kepada pengunjung yang membuat pembelian bernilai RM200 dan ke atas dalam satu resit.

Salah seorang pelanggan yang ditemui, Anderson Jie Robinson berkata, dia tertarik dengan harga barangan dan promosi yang ditawarkan.

“Hari ini, terdapat jualan besar dengan diskaun yang sangat menarik untuk laptop. Kawan saya mencadangkan supaya saya melihatnya selepas saya menonton siaran langsung di Facebook.

“Oleh itu, saya memutuskan untuk membeli di sini bagi melihat lebih banyak promosi yang ditawarkan, memandangkan banyak tawaran hebat sedang berlangsung,” ujarnya.

Senada dengannya, Ramlah Rajli juga tertarik dengan hadiah yang ditawarkan oleh gedung jualan itu.

“Saya sering teruja dengan diskaun yang ditawarkan, terutamanya untuk notebook dan printer. Kadang-kadang, promosi ini datang dengan aksesori percuma yang menarik. Jika membeli semasa tempoh tawaran, ada juga peluang untuk menyertai Spin and Win untuk pelanggan yang membolehkan menang hadiah menarik,” jelasnya.

Jualan besar Wow PC Image kini berlangsung di Wisma Saberkas dari jam 10 pagi hingga 9 malam bermula 23 Disember hingga 2 Januari 2024.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, datang segera untuk merebut tawaran hebat ini sebelum terlambat. – TVS

Jualan Wow PC Image kembali | TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan