Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua kereta yang disita kastam kerana disyaki tak berkastam ketika cuba dibawa masuk menggunakan saluran tidak betul. Foto JKDM

Kastam gagalkan cubaan bawa masuk dua kereta guna nombor pendaftaran lain

KUCHING, 18 Dis: Cubaan membawa masuk dua kereta disyaki tidak berkastam menggunakan nombor pendaftaran kenderaan lain yang sah dan menyerupai kenderaan tersebut, digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.

Pengarah JKDM Sarawak, Norizan Yahya berkata nilai sitaan membabitkan kereta Honda NA1 (NSX) dan Lexus RC300 F-Sport dianggarkan RM354,574 dan anggaran nilai duti atau cukai yang terlibat adalah sebanyak RM562,000 menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Pending pada 5 Disember.

“Hasil pemeriksaan rapi ke atas kenderaan tersebut, pasukan serbuan mendapati bahawa maklumat kenderaan yang diikrar di dalam Borang Kastam 3 adalah betul berpandukan salinan Sijil Pemilikan Kenderaan.

“Bagaimanapun, setelah dirujuk kepada cabutan maklumat kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), didapati casis kenderaan tersebut adalah berbeza berbanding cabutan maklumat JPJ,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata kenderaan tersebut disyaki barang-barang tak berkastam kerana dibawa masuk ke dalam negara ini dengan saluran yang tidak betul.

Kenderaan tersebut disita kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan