Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua mangsa warganegara Indonesia melecur dan sesak nafas ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah pekerja di PJP Pelita, Rimbunan Hijau, Lundu. Foto JBPM

Dua pekerja Indonesia melecur, sesak nafas

LUNDU, 12 Dis: Dua mangsa warganegara Indonesia melecur dan sesak nafas ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah pekerja enam pintu di PJP Pelita di sini, petang semalam.

Ayub Hulabat berusia 22 tahun melecur di kaki kanan dan di belakang manakala Muhammad Rezeki berusia 20 tahun mengalami sesak nafas dan melecur kedua-dua kaki.

Komander Operasi Joseph Diea berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.45 petang dengan menggerakkan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja struktur jenis tidak kekal setingkat enam pintu telah terbakar keseluruhan.

“Pihak bomba melakukan pemadaman menggunakan satu aliran 400 kaki relay pumping dari sumber air terbuka menggunakan pam angkut dan satu aliran 200 kaki dan dua nozel air dari jentera bagi mengawal serta memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, anggota EMRS membuat rawatan awal pada mangsa yang mengalami kecederaan akibat melecur.

“Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 10.20 malam.

“Setelah memastikan keadaaan selamat dan tiada lagi punca api, pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.

Katanya, punca dan nilai kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan