Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak telah mengambil tindakan kawalan ke atas ternakan babi dan ladang terlibat agar tidak merebak ke ladang-ladang babi yang berdekatan. Foto hiasan Envato

ASF: Pihak berkuasa ambil tindakan kawalan ke atas ladang ternakan babi di Mongkos

ByFebbright James

KUCHING, 12 Dis: Berikutan kes penyakit African Swine Fever (ASF) yang dikesan pada ternakan babi di Mongkos, Daerah Tebedu pada 29 November 2024 yang lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) telah mengambil tindakan kawalan ke atas ternakan babi dan ladang terlibat agar tidak merebak ke ladang-ladang babi yang berdekatan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Anak Utom dalam satu kenyataan hari ini berkata daerah-daerah lain di Sarawak masih bebas ASF dan bekalan daging babi masih mencukupi.

“Bagi sambutan hari Krismas, bekalan babi di Sarawak adalah mencukupi dan boleh didapati dimana-mana kedai produk babi diseluruh Sarawak. Bekalan daging babi yang terdapat di pasaran adalah selamat untuk dimakan.

“Virus ASF ini hanya menjangkiti ternakan babi sahaja dan tidak kepada manusia. ASF juga tidak menyerang ternakan lain kerana ianya bersifat hos spesifik dan tidak zoonotik,” katanya.

Berkenaan dengan video tular dalam internet, Dr Rundi berkata ia merupakan video lama yang berlaku di luar negara dan bukannya di Sarawak dan video ini ditular semula

Beliau turut mengingatkan semua penternak untuk meningkatkan biosekuriti ladang dengan memastikan ladang mempunyai kemudahan seperti ‘vehicle dip’ atau ‘foot dip’ serta pagar perimeter yang kukuh.

“Penternak juga harus mengawal pergerakan keluar masuk ternakan, kenderaan dan individu. Pemindahan babi hidup adalah dilarang tanpa permit pemindahan dari DVSS.

“ASF adalah penyakit babi yang tidak mempunyai vaksin, tiada ubat dan boleh menyebabkan kerugian besar. Oleh itu, penternak harus mengambil berat terhadap langkah-langkah kawalan yang dinyatakan,” katanya.

Selain itu, penternak babi diingatkan untuk tidak memberikan sisa makanan atau sisa dapur kepada ternakan babi tanpa dimasak selama 30 minit untuk cegah virus ini.

“Jangan membawa masuk haiwan baru yang tidak diketahui status kesihatan. Tanda-tanda klinikal ASF ini adalah kematian tinggi pada ternakan babi, demam panas, kesukaran bernafas, kemerahan atau lebam pada kulit, hilang selera makan, murung, muntah, cirit-birit, bengkak sendi, luka (ulser) kulit, dan hidung berair,” katanya.

Jika penternak mendapati adanya tanda-tanda ini, segeralah menghubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang terdekat.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan