Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Putera MIC Kebangsaan Dr Shatesh Kumar Sangar

Sediakan lebih banyak dana kesihatan mental, penyediaan kemudahan

ByWilly Jali

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Kerajaan perlu memperuntukkan lebih banyak dana bagi perkhidmatan kesihatan mental dan penyediaan kemudahan penjagaan kesihatan awam untuk memudahkan anggota masyarakat yang mempunyai masalah mental mendapatkan bantuan sewajarnya.

Ketua Putera MIC Kebangsaan Dr Shatesh Kumar Sangar dalam kenyataan media berkata, pertambahan dana itu perlu melibatkan pertambahan klinik atau pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.

“Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia harus bertindak segera dalam hal ini. Pertama, kerajaan harus memperuntukkan lebih banyak dana untuk perkhidmatan kesihatan mental dalam kemudahan penjagaan kesihatan awam dan memastikan bahawa kesihatan mental diberi keutamaan yang sama seperti kesihatan fizikal,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, ia susulan pendedahan Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menunjukkan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi berada di tahap membimbangkan.

“Pendedahan Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) amat membimbangkan menunjukkan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi yang melibatkan kumpulan umur kanak-kanak, remaja serta belia menunjukkan peningkatan dua kali ganda iaitu peningkatan daripada 7.9 peratus (424,000 orang) pada 2019 kepada 16.5 peratus (922,318 orang) pada tahun 2023,” ujarnya.

Jelas Shatesh, bagi memastikan Dasar Kesihatan Mental Negara terus relevan dan efektif, beberapa cadangan perlu dipertimbangkan bagi menghadapi cabaran tersebut.

Tambahnya, kesihatan mental adalah isu yang perlu diambil serius dan tanpa sokongan serta tindakan tepat, ia akan memberi kesan negatif jangka panjang.

“Perkhidmatan kesihatan mental, termasuk terapi, kaunseling, dan sokongan psikiatri perlu lebih mudah diakses oleh orang ramai di kawasan bandar dan luar bandar. Ini termasuk meningkatkan jumlah profesional kesihatan mental seperti psikologi, psikiatri serta kaunselor terutamanya di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan.

“Ini bukan sahaja tanggungjawab KKM tetapi kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta badan-badan swasta dan korporat harus bersama dalam menangani hal ini.

“Kesihatan mental adalah hak setiap individu, termasuk belia dan kanak-kanak. Saya percaya bahawa dengan usaha bersama daripada semua pihak, kita dapat membentuk persekitaran yang lebih baik bagi golongan muda untuk berkembang secara sihat dan seimbang,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan