Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selepas lapan hari operasi mencari dan menyelamat(SAR) dijalankan, Jackson Bar Runi, 23, mangsa yang hilang di Rumah Panjang Jinis, Tekalong, Melugu Scheme, Sri Aman, ditemui lemas di sungai hari ini. Foto JBPM

Selepas lapan hari SAR, Jackson ditemui lemas di sungai

SRI AMAN, 28 Nov: Selepas lapan hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, Jackson Bar Runi, 23, mangsa yang hilang di Rumah Panjang Jinis, Tekalong, Skim Melugu di sini, ditemui lemas di sungai hari ini.

Komander Operasi, Chimiam Duyu berkata, jasad mangsa dijumpai pada jam 10.25 pagi tadi.

“Jasad mangsa dijumpai di hilir Sungai Dor pada jarak 1.6 kilometer dari rumah mangsa.

“Jasad mangsa berjaya dikeluarkan dari lokasi sungai ke Jalan Utama Sri Aman-Kuching untuk diserahkan kepada pihak polis bagi dihantar ke Hospital Sri Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dengan penemuan jasad mangsa, operasi SAR ditamatkan jam 12.30 tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada 20 November lalu, mangsa yang menghidap sawan keluar dari rumah pada jam 10 pagi dan tidak balik ke rumah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan