Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Isnin. Foto tangkap layar

MASwings: Kerajaan Sarawak, MAG tandatangani SPA, Disember ini

ByShafik Ahmad

KUCHING, 18 Nov: Kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk MASwings, telah mencapai perjanjian prinsip menerusi Perjanjian Jual Beli (SPA) yang dijangka akan ditandatangani pada 31 Disember ini.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berkata selepas SPA ditandatangani, pemindahan pemilikan MASwings daripada MAG kepada Kerajaan Sarawak dijangka mengambil masa antara enam hingga sembila bulan.

Bagaimanapun jelasnya ia tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

“Sepanjang tempoh peralihan ini, MASwings akan terus mengendalikan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS).

“Pada masa sama, pihaknya akan mendapatkan lesen dan kelulusan yang diperlukan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia, MAVCOM, dan CAAM untuk meluaskan operasinya ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan kementeriannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Isnin.

Selepas pengambilalihan, Kerajaan Sarawak bercadang untuk menjadikan MASwings sebagai pengendali penerbangan serantau dalam jarak penerbangan empat hingga tujuh jam, menjadikan Sarawak sebagai pintu masuk utama untuk perjalanan udara serantau.

Menurut Kim Shin, ia selaras dengan visi Sarawak untuk meningkatkan profilnya sebagai destinasi antarabangsa dan menarik pelaburan asing, dengan peningkatan kesalinghubungan udara memainkan peranan penting dalam usaha tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan