Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dewan Rakyat: RM141.72 bilion pelaburan Malaysia Digital diluluskan sehingga Oktober 2024

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Sebanyak RM141.72 bilion pelaburan digital menerusi Malaysia Digital (MD) telah diluluskan bermula Januari hingga Oktober 2024, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata bagi tempoh sama sebanyak 41,078 peluang pekerjaan telah diwujudkan dalam sektor ekonomi digital.

Jelas beliau, pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam ekonomi digital termasuk melalui kerjasama dengan syarikat tempatan dan antarabangsa, yang seterusnya meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pasaran Malaysia.

“Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia juga telah menyasarkan sebanyak 5,000 syarikat pemula yang aktif dan sehingga September 2024 manakala sebanyak 3,923 syarikat pemula yang aktif telah direkodkan di mana peneraju bagi inisiatif ini adalah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang merangkumi sektor teknologi, teknologi kewangan dan ekonomi pintar,” katanya.

Gobind berkata demikian ketika penggulungan Belanjawan 2025 bagi kementeriannya di sini hari ini.

Sementara itu beliau turut memaklumkan Kementerian Digital turut terlibat dalam Startup Single Window Platform di bawah inisiatif MyStartup.

“Melalui platform ini, pelbagai program dilaksanakan, termasuk pemberian geran teknologi seperti Malaysia Digital Catalyst Grant (MDCG) dan Malaysia Digital X-Port Grant (MDXG) untuk menyediakan sokongan pembiayaan kepada syarikat teknologi Malaysia dan startup,” katanya lagi.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan