Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usahawan sektor makanan dan minuman antara yang menerima manfaat hasil inisiatif dilaksanakan oleh KUSKOP. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: KUSKOP salur RM5.757 bilion bantu 261,572 usahawan PMKS

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Kerajaan menyalurkan bantuan berjumlah RM5.757 bilion kepada seramai 261,572 usahawan sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sehingga Ogos 2024.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan berkata, bantuan disalurkan melalui agensi terlibat termasuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank dan Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS).

Langkah berkenaan tambah beliau selaras dengan inisiatif bagi memperkukuhkan pelaksanaan di bawah Pelan Strategik PMKS 2030 dan Perancangan Strategik Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) 2024.

“Antara inisiatif lain adalah dengan melaksanakan program galakan eksport seperti Program Pengukuhan Eksport PKS (SMEs Go Global) di bawah SME Corp dan penyertaan dalam misi perdagangan luar negara melibatkan sebanyak 14 program antarabangsa bagi tempoh Januari hingga September 2024,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Muslimin Yahaya (Perikatan Nasional – Sungai Besar) yang ingin tahu mengenai inisiatif pembaharuan kementerian secara komprehensif untuk memacu pertumbuhan sektor PMKS yang kini menyumbang kira-kira lima peratus dan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion.

Mengulas lanjut Ramanan berkata, antara program antarabangsa yang telah dilaksanakan oleh KUSKOP ialah misi pengembangan perniagaan usahawan ke Osaka, Jepun pada 16 hingga 21 September lepas.

“Misi berkenaan melibatkan seramai 15 usahawan dan merekodkan potensi nilai jualan berjumlah RM34.89 juta,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau menjelaskan KUSKOP turut melancarkan inisiatif-inisitif baharu kepada usahawan kaum India seperti Program PENN (Prosperity, Empowerment and A New Normal for Indian Women) di bawah AIM berjumlah RM50 juta.

“Turut diperkenalkan ialah Program Pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) dengan peruntukan RM50 juta serta Program Business Accelerator untuk syarikat milikan usahawan kaum India bersaiz kecil yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6 juta,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan