KUALA LUMPUR, 12 Nov: Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan asing sebanyak RM188.4 bilion iaitu bersamaan 57.2 peratus daripada jumlah keseluruhan yang telah diluluskan pada tahun lalu berjumlah RM329.5 bilion.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata, momentum itu diteruskan dalam tempoh separuh pertama tahun ini dengan sejumlah RM160 bilion pelaburan diluluskan bagi sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama yang melibatkan 2,948 projek.
Dewan Rakyat : UMS rancang buka pusat pembelajaran baharu di Semporna
“Prestasi ini adalah 18 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2023 iaitu RM135.6 bilion.
“Daripada jumlah tersebut, pelaburan asing menyumbang sebanyak RM74.6 bilion atau 46.6 peratus, manakala RM85.4 bilion atau 53.4 peratus disumbangkan oleh pelaburan domestik,” katanya pada Waktu Pertanyaan- Pertanyaan Menteri Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Dewan Rakyat : UMS rancang buka pusat pembelajaran baharu di Semporna
Chin Tong menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (Pakatan Harapan – Bukit Bintang) yang ingin tahu usaha kerajaan menarik pelaburan asing ke Malaysia setakat ini.
Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha proaktif dalam menarik pelaburan asing ke negara ini termasuk reformasi polisi oleh kementerian dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang telah mendatangkan hasil yang memberangsangkan.
Dewan Rakyat : UMS rancang buka pusat pembelajaran baharu di Semporna
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Malaysia merekodkan nilai pelaburan tertinggi dalam sejarah melibatkan sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama dengan nilai RM329.5 bilion, melibatkan 5,101 projek. – TVS.