Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang gadis berusia 19 tahun maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan lori tanah di Jalan Wellesley, Sungai Bakap di sini hari ini.

Gadis maut kereta bertembung lori tanah

NIBONG TEBAL, 10 Okt: Seorang gadis berusia 19 tahun terkorban selepas kereta dipandunya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori membawa muatan tanah di Jalan Wellesley, Sungai Bakap di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Nurul Izzati Ahmad berasal dari Kulim, Kedah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian disyaki akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Chong Boo Khim berkata, siasatan mendapati kereta jenis Nissan Almera itu telah terbabas di selekoh jalan dan memasuki ke laluan bertentangan.

“Kereta mangsa telah bertembung dengan lori dari arah bertentangan iaitu arah Sungai Baong menghala Batu Kawan.

“Pemandu kereta sebelum itu dipercayai memasuki laluan bertentangan menyebabkan pemandu lori tidak sempat mengelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Boo Khim, pihaknya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Atiqah Arshad di talian 017-504 5054 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan berbahaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan