Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah meminta agar Kanada dapat memberikan kemudahan pengecualian visa secara timbal balik. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Malaysia minta agar Kanada berikan kemudahan pengecualian visa

ByBernama

VIENTIANE, 10 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah meminta agar Kanada dapat memberikan kemudahan pengecualian visa secara timbal balik.

Permintaan itu disampaikan kepada rakan sejawatannya dari Kanada Justin Trudeau semasa mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan, di sini hari ini.

Dalam isu lain, Perdana Menteri berkata Malaysia mengalu-alukan penubuhan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) BlackBerry di Cyberjaya, yang akan mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam aspek keselamatan siber.

CCoE Malaysia yang ditubuhkan pada 26 Mac lepas berpotensi menjadi destinasi antarabangsa bagi menangani ancaman siber yang muncul.

Anwar turut berkata Malaysia berharap memorandum persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Pertahanan antara kedua-dua negara dapat dirumuskan seawal mungkin.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula secara rasmi semalam akan berlangsung sehingga esok.

Laos sebagai Pengerusi ASEAN 2024 akan menyerahkan jawatan kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan