Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak di barisan hadapan strategi tenaga bersih

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 10 Okt: Sarawak kini berada di barisan hadapan dalam strategi tenaga bersih selaras dengan hasrat untuk menjadi pengeksport utama hidrogen.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini Sarawak sedang membangunkan infrastruktur pengangkutan dan penyimpanan hidrogen bagi membolehkan pengeksportan ke pasaran antarabangsa berjalan lancar.

“Dengan memanfaatkan kelebihan geografi dan jarak yang dekat dengan ekonomi utama Asia, Sarawak boleh menjadi pembekal utama hidrogen bersih seterusnya mempelbagaikan ekonomi.

“Sarawak berhasrat untuk menjadi pengeksport utama hidrogen khususnya ke Korea Selatan dan Jepun sejajar dengan strategi sifar bersih nasional mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sarawak Future Forum di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Menurutnya, Sarawak juga meneroka bahan api penerbangan mampan (SAF) yang dihasilkan daripada mikroalga yang bermatlamat untuk mengurangkan pelepasan karbon.

“Pelaburan dalam hidrogen dan SAF meluaskan lagi portfolio tenaga bersih Sarawak selain meningkatkan peranannya dalam pergerakan penyahkarbonan global.

“Selaras dengan inisiatif hijau, Sarawak menerima model pekeliling ekonomi yang bermatlamat untuk meminimumkan pembaziran dengan memaksimumkan kecekapan sumber.

“Sarawak mengurangkan kebergantungan kepada sumber tidak boleh diperbaharui sambil memupuk amalan mampan merentas sektor dengan melaksanakan strategi seperti menggunakan sisa pertanian untuk biotenaga,” ujarnya.

Komitmen untuk mengitar semula dan menggunakan semula bahan tersebut mengukuhkan lagi kepimpinan Sarawak dalam peralihan kepada ekonomi rendah karbon. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan