Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki yang hilang ketika masuk ke hutan untuk mencari daun sabong di kawasan perumahan Taman Berlian Stabil, Kota Samarahan semalam, ditemui selamat hari ini. Foto JBPM

Dua lelaki hilang di hutan ketika cari daun sabong ditemui selamat

KOTA SAMARAHAN, 23 Sept: Dua lelaki yang hilang ketika masuk ke hutan untuk mencari daun sabong di kawasan perumahan Taman Berlian Stabil di sini, semalam, ditemui selamat hari ini.

Komander Operasi, Hirwandy Sarbini berkata, kedua-dua mangsa Zin Kumpas,37, dan Eddy Rudy,24, dari Kampung Melaban keluar sendiri dari hutan berkenaan pada jam 7.20 pagi tadi.

“Mereka keluar melalui jalan belakang Wisma SALCRA lebih kurang tiga kilometer dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 3.37 petang semalam dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.

Pihak bomba hanya menemui motosikal milik mangsa dan ahli keluarga mangsa turut berada di lokasi kejadian.

Menurut ahli keluarga mangsa, kedua-dua mangsa masuk ke hutan untuk mencari daun sabong dan tidak menemui jalan keluar.

Kedua-dua mangsa tidak dapat dihubungi tetapi sempat menghantar lokasi terakhir melalui aplikasi whatapps.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan