Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyerahkan cek cura bantuan pengurusan kredit kepada Pengerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Anuar Mohd Hassan (dua, kanan) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Persefahaman kerjasama strategik di Ace Conference Centre Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama

MAIWP, AKPK kerjasama bantu asnaf Al-Gharimin keluar daripada kemiskinan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantu golongan asnaf Al-Gharimin (golongan yang berhutang) keluar daripada kepompong kemiskinan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata melalui peruntukan tersebut, AKPK dapat memberikan perkhidmatan kepada asnaf seperti pendidikan kewangan, khidmat nasihat kewangan dan program pengurusan kredit bagi meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan serta mengawal hutang secara berkesan.

“Kerjasama MAIWP dan AKPK akan memberi satu senario baharu yang boleh membantu asnaf secara komprehensif melibatkan pembangunan psikologi, kewangan dan modal insan,” katanya ketika berucap semasa majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama AKPK di sini hari ini.

MoU itu ditandatangani Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya bersama Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Azaddin Ngah Tasir yang disaksikan oleh Mohd Na’im dan Pengerusi AKPK Anuar Mohd Hassan.

Mohd Na’im berkata sehingga Julai lepas MAIWP telah membelanjakan dana zakat berjumlah RM2.2 juta kepada 1,161 penerima Bantuan Menyelesaikan Hutang.

“Kita harapkan kepakaran yang ada pada AKPK dapat membantu golongan asnaf dari sudut lain. Saya juga harap program yang dilaksanakan dalam kolaborasi itu dapat memastikan mereka (asnaf) keluar daripada kepompong kemisikinan.

“Ini merupakan matlamat asal MAIWP, kita tidak hanya mahu beri bantuan secara one-off kerana skim yang disediakan MAIWP bertujuan untuk membebaskan golongan asnaf daripada kepompong kemiskinan dan memastikan mereka ini suatu masa nanti menjadi pembayar zakat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan