Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seekor kucing dijerut pada leher dan diseret dengan sebuah pikap didakwa berlaku di Simpang Ampat di Gerogetown sehingga mendapat perhatian warganet hari ini. Foto media sosial

JPV siasat laporan video tular kucing dijerut, diseret pikap

ByTVS

GEORGE TOWN, 8 Ogos: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengambil tindakan susulan video tular yang memaparkan seekor kucing dijerut leher sebelum diseret dengan sebuah pikap dalam kejadian di Simpang Ampat di sini.

Pengarahnya, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata kertas siasatan berhubung kejadian itu dibuka di bawah perenggan Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772].

“Ketika ini kita sedang merakamkan keterangan pelaku dan JPV juga dalam proses mengambil kucing tersebut.

“Kita harap semua pihak memberi ruang kepada JPV negeri untuk jalankan siasatan mengikut akta sedia ada,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, tindakan kejam itu mendapat perhatian warganet apabila rata-rata meninggalkan komen mengecam tindakan pelaku selain menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan