Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Uggah mendengar penerangan mengenai kemajuan projek Jalan Akses ke Empangan Hidroelektrik Baleh pada lawatan beliau di tapak projek, pada Khamis. Foto TVS

Jalan akses ke Empangan Hidroelektrik Baleh 97 peratus siap – Uggah

ByDouglas Elliot

KAPIT, 8 Ogos: Projek pembinaan jalan akses ke Empangan Hidroelektrik Baleh di sini, kini mencapai kemajuan sebanyak 97 peratus.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas optimis projek itu siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

“Kami amat berpuas hati kerana projek ini telah mencapai 97 peratus siap dan berharap segala masalah dihadapi yang melambatkan pelaksanaan projek dapat diselesaikan dan merasakan bahawa fasa terakhir berjalan lancar.

“Saya yakin bahawa ia akan siap mengikut jadual hujung tahun ini,” kata beliau.

Beliau ditemui pemberita semasa lawatan beliau ke tapak projek berkenaan di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Elsekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datu Ismawi Ismuni juga berpuas hati dengan pencapaian projek berkenaan meskipun berhadapan cabaran keadaan geografi setempat.

“Projek ini yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan di bawah RECODA iaitu salah satu inisiatif di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Pada keseluruhannya, terdapat 64, 000 kubik meter batu yang perlu diletupkan. Hanya selepas kerja letupan ini dibuat baru kami dapat memfokuskan dengan pembinaan jalan,” katanya.

Ujarnya, projek berkenaan merupakan komitmen RECODA dalam meningkatkan mobiliti penduduk serta merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar.

Difahamkan projek pembinaan itu merupakan rancangan jangka masa panjang Kerajaan Sarawak untuk menambah baik rangkaian kemudahan jalan raya di wilayah ini.

Selain akan memanfaatkan lebih 9,200 penduduk yang tinggal di sepanjang Batang Baleh ia sekali gus menyingkatkan masa perjalanan dari Baleh ke Kapit kepada hanya satu jam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan