Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Pelancaran Inisiatif Komputer Riba Percuma dan Penyampaian Anugerah Khas Premier Sarawak (AKPS) ke-31 di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Pusat AI pertama Sarawak bakal ditubuh tahun hadapan – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 8 Ogos: Pusat kecerdasan buatan (AI) pertama di wilayah ini dijangka ditubuhkan tahun hadapan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata penubuhan yang telah diluluskan Kabinet Negeri baru-baru ini bermatlamat memperkasakan bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan AI.

Penubuhan pusat AI Sarawak bermula tahun hadapan | TVS

“Kita dalam Kabinet telah meluluskan penubuhan pusat AI dan kemungkinan akan bermula pada tahun depan, kerana kita hendak menetapkan peruntuan dalam pengurusan pusat AI.

“Ini termasuklah penggunaan AI generatif dan saya telah meminta satu bengkel di antara perkhidmatan awam untuk dibiasakan penggunaan teknologi AI,” kata beliau.

Abang Johari berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Komputer Riba Percuma dan Penyampaian Anugerah Khas Premier Sarawak (AKPS) ke-31 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Abang Johari memaklumkan Kerajaan Sarawak belum memperuntukkan dana bagi tujuan penubuhan pusat berkenaan.

Dalam pada itu Abang Johari optimis, penubuhan pusat AI itu akan merancakkan pembangunan bakat tempatan dan menarik minat pakar global dalam AI. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan