Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Foto TVS

Kementerian Pertahanan runding dapatkan kadar premium tanah bersesuaian

KUCHING, 8 Ogos: Kementerian Pertahanan kini dalam proses perundingan untuk mendapatkan kadar premium tanah bersesuaian untuk tapak pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM di Bintulu.

Proses itu dilakukan selepas kementerian itu bersetuju dengan cadangan tapak yang diberikan Kerajaan Sarawak bagi tujuan pembinaan pangkalan berkenaan.

Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementeriannya sudah menerima peuntukan bagi tujuan pembayaran premium tanah terbabit daripada Kementerian Kewangan.

Menurutnya, sebarang proses berkaitan perlaksanaan projek terbabit hanya akan dilakukan selepas pembayaran premium tanah terbabit dilunaskan.

“Peruntukan tahun ini untuk premium memang sudah ada, jadi apabila kita sudah menyempurnakan soal pembelian tanah maka kita akan kemukakan kepada kerajaan pusat untuk pembinaan,dan kos,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Medan Timur di Kuching.

Tapak bagi pangkalan TLDM yang dicadangkan itu masih kekal di lokasi sama dikenal pasti oleh Kementerian Pertahanan sebelum ini iatu di Samalaju, Bintulu.

Tambah Mohamed Khaled, enam pos baharu akan dibina di sepanjang sempadan Sarawak tambahan kepada 17 pos sedia ada bagi meningkatkan tahap keselamatan di perbatasan wilayah berkenaan.

Pembinaan pos terbabit yang akan dioperasikan Tentera Darat Malaysia sebagai salah satu persediaan Malaysia selari dengan pembangunan ibu kota nusantara oleh Indonesia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan