Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Chiu Kion yang mewakili Tiong Sii mengadakan lawatan tapak bersama Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei, Markhzen Rahman. Foto TVS

Pendidikan tumpuan utama Tiong Sii

SARIKEI, 8 Ogos: Impian guru dan murid SJK (C) Tung Kwong di sini untuk menikmati gelanggang tertutup akhirnya menjadi kenyataan apabila kerajaan meluluskan RM250,000 bagi tujuan pembinaannya.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, kemudahan yang dibina melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) itu bakal menyediakan tempat untuk guru dan murid menjalankan aktiviti kokurikulum.

Projek itu menurutnya, sebahagian usaha kerajaan menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada warga pendidik di kawasan Sarikei.

“Sejak bergelar wakil rakyat, isu berkaitan pendidikan merupakan tumpuan utama saya selain projek rakyat lain. Setakat ini, sebahagian besar sekolah di kawasan ini turut mendapat faedah daripada usaha itu.

“Bagi saya pendidikan merupakan asas paling penting membina masa depan generasi muda. Justeru, saya berharap kemudahan yang bakal dibina nanti dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau yang diwakili pegawai pusat khidmatnya,Gung Chiu Kion mengadakan lawatan sambil meninjau tapak yang akan digunakan untuk pembinaan gelanggang itu.

Dalam sesi lawatan itu, beliau berkesempatan membincangkan pelbagai butiran dan keperluan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek tersebut.

Sementara itu, seluruh ahli lembaga pengurusan SJKC Tung Kwong menzahirkan terima kasih kepada Tiong Sii yang menyalurkan peruntukan bagi pembinaan kemudahan berkenaan.

Hadir sama Jurutera Jabatan Kerja Raya Bahagian Sarikei, Markhzen Rahman. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan