Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga persembahan Taylor Swift di Vienna dibatalkan, menurut penganjur lewat Rabu selepas dua suspek ditahan kerana didakwa merancang serangan pengganas. Foto AFP

Konsert Taylor Swift di Vienna dibatalkan kerana ancaman keganasan

ByBernama

VIENNA, 8 Ogos: Tiga persembahan Taylor Swift di Vienna dibatalkan, menurut penganjur lewat Rabu selepas dua suspek ditahan kerana didakwa merancang serangan pengganas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Keputusan untuk membatalkan konsert yang dijadualkan pada Khamis, Jumaat dan Sabtu minggu ini diumumkan oleh Barracuda Music menerusi hantaran di Instagram.

Ia dibuat beberapa jam selepas penguatkuasa undang-undang Austria mengumumkan bahawa dua individu ditahan kerana disyaki merancang serangan, termasuk di konsert Swift.

Pengarah keselamatan awam di Kementerian Dalam Negeri Austria, Franz Ruf berkata bahan kimia telah dirampas daripada seorang warga Austria berusia 19 tahun.

Polis bimbang tentang kemungkinan adanya bahan letupan, telah mengambil langkah awal dengan mengosongkan rumah-rumah dan rumah penjagaan.

Menurut polis, suspek ditahan pada pagi Rabu di bandar Ternitz, 75 kilometer ke barat daya Vienna.

Seorang lagi individu ditahan pada petang yang sama di Vienna. Polis bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan