Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak bakal punyai muzium kedua terbesar di Asia Tenggara

KUCHING, 4 OGOS: Sarawak bakal mempunyai muzium kedua terbesar di Asia Tenggara dengan pembukaan Borneo Culture Museum, umum Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Muzium tersebut dijangka siap pada tahun hadapan, katanya.

Jelasnya, selain Borneo Culture Museum, beberapa buah muzium juga bakal diwujudkan di Sarawak seperti Muzium Maritim, Muzium Warisan Kubu Lili Betong, Kubu Emma Kanowit dan banyak lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sejurus  merasmikan sambutan 130 tahun Muzium Sarawak,Jabatan Muzium Sarawak.

“Muzium kedua terbesar di Asia Tenggara ini diharap bakal menarik minat orang ramai untuk terus mengunjungi muzium dan menjadikannya sebagai gedung ilmu.

“Beberapa buah muzium juga bakal diwujudkan di Sarawak seperti Muzium Maritim, Muzium Warisan Kubu Lili Betong, Kubu Emma Kanowit dan banyak lagi.

“Muzium-muzium yang bakal dibuka itu diharap dapat menarik minat pelancong sekaligus merancakkan lagi industri pelancongan memandangkan negeri Sarawak bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian masyarakat dan budaya, tetapi juga dengan bangunan dan monumen bersejarah,” kata Abdul Karim.

Salah satu ikon negeri Sarawak ialah bangunan Muzium Sarawak, yang telah dibina semasa pemerintahan Rajah Charles Brooke pada tahun 1891.

Muzium Sarawak telah diperkenalkan ke seluruh dunia sebagai ‘Museum of Borneo’s Natural History and Ethnology’.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan