Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yohandry Jose Orozco akan terus menjadi sandaran untuk merobek gawang Terengganu FC pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA.

Kelebihan kepada Selangor FC mara ke final

ByTVS

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertemu Terengganu FC pada aksi separuh akhir kedua malam esok memberi kelebihan kepada Selangor FC.

Red Giants sudah pasti akan menggunakan sebaik mungkin kelebihan tersebut bagi memburu kemenangan sekali gus mara ke final Piala FA.

Pengurus pasukan Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, perlawanan esok amat penting dan perkara itu boleh dilihat apabila barisan pemain begitu bersemangat untuk turun dalam aksi itu nanti.

“Secara keseluruhan pasukan bersedia menghadapi perlawanan Piala FA menentang pasukan Terengganu pada esok di stadium MBPJ.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan di dalam pasukan dan pemain kelihatan bersemangat untuk menjayakan misi layak ke perlawanan akhir Piala FA 2024,”katanya.

Selain itu, beliau juga berharap penyokong setia Merah Kuning akan hadir ke stadium kerana sokongan mereka amat diperlukan dan bakal memberi kekuatan tambahan buat pemain menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan itu.

“Pasukan mengharapkan sokongan padu daripada penyokong Red Giants dan berharap mereka akan datang untuk memenuhi stadium pada malam esok,” kata Mahfizul.

Terdahulu, dalam perlawanan separuh akhir pertama, skuad kendalian Nidzam Jamil tewas 2-3 kepada Terengganu FC dan disebabkan itu, mereka perlu mendapatkan gol awal bagi mengimbangi semula permainan.-TVS

 

Berita Berkaitan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan