Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sindiket judi atas talian raih RM3,500 sehari akhirnya tumpas

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 2 OGOS: Sebuah sindiket judi atas talian yang mengaut keuntungan RM3,500 sehari akhirnya berjaya ditumpaskan dalam satu serbuan oleh pihak polis.

Sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi selama enam dari sebuah rumah teres itu didalangi 13 individu termasuk dua wanita warga Indonesia dari sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Lapangan Terbang di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah, bertindak atas risikan, satu serbuan telah dilakukan di lokasi pada jam 5.30 petang Ahad  tersebut dan kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 42 tahun telah diberkas polis.

“Siasatan awal hasil risikan  mendapati bahawa pusat tersebut telah beroperasi secara syif untuk tempoh 24 jam sejak enam bulan lepas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching sebentar tadi.

Pihak polis juga merampas pelbagai peralatan termasuk monitor komputer, telefon bimbit, router, modem dan lain-lain yang digunakan untuk mengoperasikan kegiatan perjudian tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak lebih dari RM50,000 serta penjara tidak melebihi tiga tahun,” katanya.

Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 51(5)(B) Akta Imigresen 1959/63 bagi membantu siasatan.

LAPORAN PENUH MENYUSUL

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan