Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang bayi perempuan berusia sepuluh bulan dan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia dua dan empat tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah di barat Sydney pada Ahad, lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

3 kanak-kanak termasuk bayi maut dalam kebakaran di Sydney

ByBernama

SYDNEY, 7 Julai: Seorang bayi perempuan berusia sepuluh bulan dan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia dua dan empat tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah di barat Sydney pada Ahad, lapor Xinhua.

Polis Negeri New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 1 pagi waktu tempatan di Freeman Street, Lalor Park.

Menurut polis, identiti ketiga-tiga kanak-kanak itu masih belum dikenal pasti.

Seorang wanita berusia 29 tahun telah dibawa ke hospital akibat terhidu asap, manakala seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan di tempat kejadian.

Punca kejadian masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan