Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd. Chathazman Abdullah merupakan Graduan Iban pertama dari Universiti Al-Azhar menerima Anugerah Maal Hijrah 1446H bagi kategori Saudara Kita (Lelaki). Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Graduan Iban pertama dari Universiti Al-Azhar antara 14 penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H

ByMuqri Aziz

KUCHING, 7 Julai: Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Cairo, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.

Mohd. Chathazman Abdullah yang merupakan anak jati dari Kapit, menerima wang tunai sebanyak RM5,000 serta sijil bagi kategori Saudara Kita (Lelaki) dan kini berkhidmat sebagai Eksekutif B (Perkhidmat Majlis Islam Sarawak) di Bahagian Kemajuan Saudara Kita, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Kuliyyah Syariah Wal Qanun dan Kuliyyah Usuluddin.

Beliau merupakan antara tokoh yang menubuhkan Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK) dan kini menggalas sebagai Ketua Biro Dakwah dan Pendidikan (PDMK) sejak 2022.

Selain itu, Setiausaha tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDERN) Sarawak, Datu Abdullah Julaihi turut dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Ma’al Hijrah bagi kategori Penjawat Awam (Islam) dan berjaya membawa pulang sebanyak RM5,000 serta sijil.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti Curtin dalam bidang Polisi Sains pada 2014 dan telah menerima anugerah Pingat Peringatan Jubli Intan pada tahun ini atas penghargaan sumbangan dan jasa baktinya.

Antara penerima lain yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah ialah:

  1. Kategori Pencapaian Penyelidikan dan Pembangunan oleh Profesor dan Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, Profesor Dr. Shahrul Razid Sarbini yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM7,000 serta sijil.
  2. Kategori Penjawat Awam (Bukan Islam) oleh Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan, Jabatan Penyiaran Negeri Sarawak (JPNS), Dr. Les Met yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 serta sijil.
  3. Kategori Sukarelawan oleh Penolong Pengarah Kanan / Eksekutif Hasil Kanan di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Sarawak di Bintulu, Iqbal Abdollah yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 serta sijil.
  4. Kategori Belia oleh Pengerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Satok dan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Cawangan Satok, Mohamad Akram Mohamed Karim yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 serta sijil.
  5. Kategori Pengurusan dan Pentadbiran Masjid oleh Masjid Al-Hidayah, Kuching yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 serta sijil dan projek bernilai RM30,000.
  6. Kategori Pengurusan dan Pentadbiran Surau oleh Surau Darul Mukmin dari Miri, Sarawak yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 serta sijil dan projek bernilai RM20,000.
  7. Kategori Anugerah Sekolah Rendah Agama oleh SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 serta sijil dan hadiah buku bernilai RM3,000.
  8. Kategori Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) oleh Amirul Adib Seman yang memperoleh kelulusan Mumtaz iaitu lapan Mumtaz, satu Jayyid Jiddan dan satu Jayyid dari SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud, Asajaya yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 serta sijil dan bantuan pendidikan bernilai RM4,000.
  9. Kategori Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh Awang Muhammad Hazim Syazwan Awang Nazri yang memperolehi 9A+ dari SM Sains Kuching Utara yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 serta sijil dan bantuan pendidikan bernilai RM4,000.
  10. Kategori Saudara Kita (Perempuan) oleh Setiausaha Urusetia Saudara Kita (USK) Bintulu dan Ahli Nuqaba Mualaf Alizawati Abdullah @ Alice Mujan Anyi yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 serta sijil.
  11. Kategori Sekolah Menengah Agama oleh SMK (A) Tun Ahmad Zaidi, Kuching yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 serta sijil dan hadiah buku bernilai RM3,000.
  12. Kategori Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) oleh Selina Ling Abdul Hamid yang memperoleh keputusan CGPA 4.0 dari SMK Chung Hua, Sibu yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 serta sijil dan bantuan pendidikan bernilai RM4,000.

Pengurniaan Anugerah Ma’al Hijrah 1446H telah disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi yang disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Jumaani Tun Tuanku Bujang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan