MIRI, 15 Mac: Majlis Bandaraya Miri (MBM) mengagihkan sebanyak 750 pek bubur lambuk kepada orang ramai di Bazaar Ramadan Miri di Miri City Fan di sini, hari ini.
Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata program tahunan itu bertujuan untuk meraikan masyarakat setempat sepanjang Ramadan kali ini.
“Inilah tradisi MBM. Setiap tahun kami menganjurkan pengagihan bubur ini kepada saudara-saudara Islam sempena Ramadan.
“Jadi kami sangat gembira dapat melakukan ini bersama-sama dengan saudara-saudara Islam kami,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Jumaat.
Difahamkan program pengagihan bubur lambuk seterusnya akan diadakan pada 22 Mac Bazaar Ramadan berhampiran parkir kereta New Word Mart Lutong. -TVS