Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sering buat kemunculan, akhirnya Si Bujang Suai ditangkap!

ByKhairil Zharif Affindie

MIRI : Seekor buaya jantan sepanjang 13 kaki  yang sering membuat “kemunculan” berhampiran kawasan ladang Suai di Miri akhirnya ditangkap Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) Miri.

Pengurus Wilayah SFC bahagian Miri, Rudolph Grang Ak Mudit memaklumkan  mereka telah menerima sebanyak tiga aduan di kawasan tersebut mengenai penemuan buaya dan pernah terjadi kes serangan buaya di kawasan tersebut.

“Ini aduan pertama di mana pekerja ladang telah digigit oleh buaya tempoh hari dan seleepas tu kita pergi ke kawasan tersebut.

“Sebelum ini kami memang ada memasang perangkap buaya di kawasan tersebut memandangkan terdapat aduan mengenai kelibat buaya tetapi buaya lain yang ditangkap, iaitu buaya betina, bukan si Buang Suai.

“Bujang Suai masuk ke dalam perangkap yang telah dipasang pihak SFC sejak 2 Jun lepas,” jelasnya.

Buaya itu kemudiannya dihantar ke Crocodile Farm Kuala Baram untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membuat laporan mengenai kehadiran reptilia ini atau sebarang hidupan liar yang lain boleh menghubungi terus talian hotline SFC Kuching : 019-8859996, Sibu : 019-8883561, Bintulu : 019-8332737 dan Miri : 019-8290994.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan