Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan di pusat pemindahan sementara Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru, Kuching yang menempatkan mangsa banjir. Foto Bernama

Banjir: Jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara terus berkurangan

BySaibi Gi

KUCHING, 3 Mac: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun kepada 1,361 orang pada 8 malam ini berbanding 1,452 orang pada 4 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan 12 PPS masih beroperasi malam ini.

Satu lagi PPS ditutup iaitu SK Pasir Tengah yang menempatkan mangsa dari Kampung Pasir Tengah, Lundu.

Tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Kuching iaitu Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru dengan 297 mangsa, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (238) dan SJK (C) Chung Hua Sungai Tengah (219).

Ketika ini kesemua PPS yang menempatkan mangsa banjir meliputi beberapa kawasan di selatan Sarawak iaitu Kuching, Bau, Serian dan Siburan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan